Salam Ukhwah

Wednesday, 12 December 2012



DEFINISI KEPIMPINAN

 

 Kepimpinan  adalah salah  satu daripada empat fungsi pengurusan yang dijalankan oleh seorang pengurus. Ini adalah kerana pengurus sentiasa  berhadapan dengan pekerja. Pekerja patut diberitahu tentang apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk melakukan tugas tersebut dan sebagainya. Dengan kata lain, sebarang tindak tanduk yang dilakukan oleh pekerja perlu dilakukan oleh pekerja perlu dipimpin.

Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerjanya agar mereka melaksanakan tugas yang diberikan untuk mencapai objektif atau matlamat kerja yang telah ditetapkan.

Definisi ini bermaksud bahawa kejayaan seorang pemimpin akan bergantung pada sejauh mana pekerja berjaya melaksanakan apa yang diarahkan. Kegagalan pekerja bermakna kegagalan pemimpin. Oleh itu adalah penting bagi pengurus untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan mengetahui cara untuk memastikan setiap arahan yang diberikan kepada pekerja dipatuhi dan dilaksanakan.

KEPENTINGAN KEPIMPINAN

 1.      Kepimpinan melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut. Apabila pekerja tersebut sanggup menerima arahan daripada seorang pemimpin, status pemimpin tersebut telah dibentuk. Tanpa manusia untuk dipimpin, semua ciri-ciri kepimpinan adalah tidak perlu.
2.      Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli kumpulannya. Sekiranya seorang ketua kumpulan mempunyai sumber kuasa yang banyak, keupayaan beliau untuk memimpin dengan lebih berkesan akan bertambah.
3.       Seorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan berbagai-bagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya. Seorang pemimpin yang berkesan mampu mempengaruhi pengikutnya untuk membuat apa sahaja demi kepentingan syarikat.
4.       Hasil gabungan ketiga-tiga di atas dapat melahirkan nilai. Kepimpinan moral adalah berkenaan dengan nilai dan memerlukan pengikut-pengikut diberi alternatif untuk membuat pilihan yang bijak. Pengikut juga boleh mempelajari nilai-nilai etika daripada pemimpin yang dihormati dan disanjungi oleh mereka oleh mereka. Seorang ahli pengurusan Mcgregor , pernah menyatakan bahawa seorang pemimpin yang gagal mengambil kira komponen moral kepimpinan tidak akan kekal lama sebagai pemimpin.

Monday, 28 May 2012

Official Video Majlis Akad Nikah Imam Muda Hassan


Aku Terima Nikahnya...

Latihan dan Aktiviti

SOALAN KENDIRI

BAB 2 KEPIMPINAN

1. Huraikan secara ringkas  maksud kepimpinan.
2. Nyatakan 2 jenis gaya kepimpinan yang dihasilkan melalui kajianUniversiti Ohio dan Universiti Michigan
3. Huraikan 3 jenis gaya kepimpinan asas.
4. Huraikan dengan ringkas  perbezaan antara tiga gaya kepimpinan asas tersebut.












puteriku sayang by hijjaz

          "Sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."

Hayatilah setiap bait kata dari lagu ini.....semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat

Saturday, 26 May 2012

Asma Ul-Husna

Nama-nama Allah yang terindah




Mari kita hayati dan hafal nama-nama indah ini.. Semoga hati ini terus khusyuk mendengar, sambil mengalunkannya senada terus menjadi baja menyubur ditaman hati..InsyaAllah

Friday, 25 May 2012

Nota Adab



                                                  ADAB BERZIKIR

Maksud berzikir: Mengingati Allah SWT dengan hati, lisan dan perbuatan untuk menghubungkan antara manusia dan pencipta

Adab Berzikir
a.    Berzikir dengan lafaz –lafaz yang terdapat dalam nas dan al-Quran
b.    Merasa Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT
c.   Tidak berzikir semasa Qada Hajat
d.    Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
e.    Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
f.   Menggunakan suara yang perlahan
g.    Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
h.    Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drp hadas

SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
a.    Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
b.    Supaya zikir diterima Allah SWT
c.    Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
d.    Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
e.    Tidak menggangu ketenteraman orang
 
Hikmat Beradab ketika berzikir
  • Dikasihi Allah SWT
  • Mendidik jiwa supaya mengingati Allah SWT
  • Mendapat pahala
  • Mendapat ketenangan jiwa
 KERUGIAN ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
  • Lupa kpd tanggungjawab terhadap agama
  • Berada dalam keadaan gelisah
  • Mudah dikuasai syaitan dan terdedah dgn perkara yang dimurkai Allah SWT
1.Orang yang sentiasa mengingati Allah swt tidak akan lalai walaupun berada dalam kemewahan. Antara doa orang soleh ialah: Ya Allah! Jadikanlah dunia ditanganku tetapi jangan jadikannya di dalam hatiku.
2. Rasuullah saw SAW beristighfar kepada Allah 70 kali sehari walaupun baginda seorang yang maksum





Thursday, 24 May 2012

Rindu Mu Ya Rasullullah

 
Lau Kana Bainana. Jom Kita layan rindu pada Baginda Rasullullah. Banyak-banyak inagati dia dengan berselawat ya murid-murid. Sambil-sambil takda apa-apa nak buat kat rumah nanti,kita berselawat la banyak-banyak padanya...InsyaAllah