Salam Ukhwah

Monday, 28 May 2012

Official Video Majlis Akad Nikah Imam Muda Hassan


Aku Terima Nikahnya...

Latihan dan Aktiviti

SOALAN KENDIRI

BAB 2 KEPIMPINAN

1. Huraikan secara ringkas  maksud kepimpinan.
2. Nyatakan 2 jenis gaya kepimpinan yang dihasilkan melalui kajianUniversiti Ohio dan Universiti Michigan
3. Huraikan 3 jenis gaya kepimpinan asas.
4. Huraikan dengan ringkas  perbezaan antara tiga gaya kepimpinan asas tersebut.












puteriku sayang by hijjaz

          "Sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."

Hayatilah setiap bait kata dari lagu ini.....semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat

Saturday, 26 May 2012

Asma Ul-Husna

Nama-nama Allah yang terindah




Mari kita hayati dan hafal nama-nama indah ini.. Semoga hati ini terus khusyuk mendengar, sambil mengalunkannya senada terus menjadi baja menyubur ditaman hati..InsyaAllah

Friday, 25 May 2012

Nota Adab



                                                  ADAB BERZIKIR

Maksud berzikir: Mengingati Allah SWT dengan hati, lisan dan perbuatan untuk menghubungkan antara manusia dan pencipta

Adab Berzikir
a.    Berzikir dengan lafaz –lafaz yang terdapat dalam nas dan al-Quran
b.    Merasa Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT
c.   Tidak berzikir semasa Qada Hajat
d.    Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
e.    Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
f.   Menggunakan suara yang perlahan
g.    Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
h.    Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drp hadas

SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
a.    Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
b.    Supaya zikir diterima Allah SWT
c.    Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
d.    Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
e.    Tidak menggangu ketenteraman orang
 
Hikmat Beradab ketika berzikir
  • Dikasihi Allah SWT
  • Mendidik jiwa supaya mengingati Allah SWT
  • Mendapat pahala
  • Mendapat ketenangan jiwa
 KERUGIAN ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
  • Lupa kpd tanggungjawab terhadap agama
  • Berada dalam keadaan gelisah
  • Mudah dikuasai syaitan dan terdedah dgn perkara yang dimurkai Allah SWT
1.Orang yang sentiasa mengingati Allah swt tidak akan lalai walaupun berada dalam kemewahan. Antara doa orang soleh ialah: Ya Allah! Jadikanlah dunia ditanganku tetapi jangan jadikannya di dalam hatiku.
2. Rasuullah saw SAW beristighfar kepada Allah 70 kali sehari walaupun baginda seorang yang maksum





Thursday, 24 May 2012

Rindu Mu Ya Rasullullah

 
Lau Kana Bainana. Jom Kita layan rindu pada Baginda Rasullullah. Banyak-banyak inagati dia dengan berselawat ya murid-murid. Sambil-sambil takda apa-apa nak buat kat rumah nanti,kita berselawat la banyak-banyak padanya...InsyaAllah

Rabbani cari pasangan

JOM KITA LAYAN DAN MENGHAYATI LAGU INI YEA....dari rabbani - CARI PASANGAN. Tapi anak-anak murid cikgu kat sana jangan nakal-nakal tau. Belajar dulu rajin-rajin. Ingat pesan ibu bapa kita supaya belajar bersungguh-sungguh. Cari lah pasangan nyer bila dah sampai masa dan serunya, bukan sewaktu sedang belajar seperti sekarang ni. Ingat ye, tumpukan pada pelajaran. jangan nakal-nakal di sekolah tau!


Wednesday, 23 May 2012

JOM BELAJAR PENDIDIKAN ISLAM

BAB 1 IMAN MUTIARA HIDUP  (Dari blog Nota Pendidikan Islam)

1. Pengertian
  1. Bahasa : mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan
  1. Istilah : membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
2. Iman boleh bertambah dan berkurang
  1. Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan
i. Melakukan ketaatan kepada Allah
ii. Menambahkan ilmu pengetahuan
iii. Membanyakkan amal ibadah
iv. Melazimi amalan-amalan sunat
  1. Ciri-ciri individu yang bertambah iman
i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya
ii. Banyak melakukan ibadah sunat
iii. Melazimi berzikir
iv. Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah
  1. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman
i. Melakukan maksiat
ii. Melanggar hukum syarak
iii. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia
iv. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat
  1. Ciri-ciri individu yang berkurang iman:
i. Malas dalam melakukan ibadah
ii. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah
iii. Mempunyai akhlak yang buruk
  1. Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna
i. Memahami kehendak aqidah
ii. Melakukan ibadah dengan betul
iii. Mendampingi orang-orang yang soleh
iv. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh
3. Martabat Iman :

Kategori Iman
Huraian
Iman tidak bertambah atau berkurang/statik
Iman para malaikat
Iman sentiasa bertambah
Iman para nabi dan rasul
Iman bertambah dan berkurang
Iman umat Islam yang melakukan perintah Allah
Iman sentiasa berkurang
Iman orang fasik dan ‘asi
Iman yang ditolak
Iman orang munafik dan kafir

4. Kemanisan Iman
  1. Takrif :
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.
  1. Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman :
i. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iii. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka
  1. Kesan individu yang mendapat kemanisan iman
i. Mendapat kelazatan melakukan ibadah
ii. Membentuk individu yang berakhlak mulia
iii. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain
iv. Sedia berkhidmat untuk masyarakat


BAB 2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JEMAAH

1. Pengertian:
“ Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an, as-Sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa oleh para Sahabat Baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah”

2.  Nama-nama lain : Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis

3.  Bila bermula?
a. Selepas berlaku perpecahan di kalangan umat Islam
b. Nama tersebut dimasyhurkan oleh Abu al-Hassan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi

4. Kenapa dikenali dengan nama….. ?
a. Ahli Sunnah : kerana menerima dan beramal dengan Sunnah Rasulullah s.a.w
b. Al-Jamaah : kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk:
i.           Berjihad
ii.          Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
iii.                Menghidupkan sunnah
iv.         Menentang bid’ah

5. Prinsip-prinsip:
a)      Pegangan : al-Qur’an dan as-Sunnah/al-Hadis
b)      Pegangan : prinsip-prinsip as-Salafu as-Soleh
c)      Rujukan : al-Qur’an dan as-Sunnah 
d)     Tidak mencela atau mengkafirkan oran yang tidak sealiran
e)      Tidak menghukum tanpa bukti sahih

6. Pandangan:

Perkara
Huraian
Al-Qur’an
Kalam Allah bersifat Qadim, bukan makhluk
Melihat Allah/ Rukyatullah
Orang mukmin boleh melihat Allah di akhirat dalam syurga
Pelaku dosa besar
Tetap dianggap sebagai mukmin, tetapi digelar sebagai fasik
Iman bertambah dan berkurang
Bergantung kepada ketaatan atau keingkaran individu tersebut
Qadak dan Qadar
Segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah sejak azali mengikut kebijaksanaanNya

7. Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:
a)      Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan
b)      Asas penerimaan sesuatu amalan
c)      Hidup diredhai Allah kerana berada di jalan yang benar

8. Mazhab Syiah
Pengertian :
“Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah Rasulullah s.a.w”
 
9. Langkah-langkah memelihara akidah:
a)      Mempelajari asas akidah berdasarkan kitabAhli Sunnah wal Jamaah yang muktabar
b)      Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang akidah
c)      Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
d)     Menjauhi diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat
e)      Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

10. Istilah-istilah asas dalam ilmu akidah

Kafir
Mengingkari prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-Hadis
Musyrik
Menyengutukan Allah pada Zat, Sifat atau perbuatanNya
Munafik
Menzahirkan keimanan dan meyembunyikan kekufuran dalam hati
Fasik
Tidak taat kepada Allah dan Rasul, melakukan dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil
Murtad
Keluar dari Islam denga perkataan, perbuatan atau iktikad
Mulhid
Tidak beragama/atheis



BAB 3 AJARAN SESAT

1. Definisi :
Ajaran @ amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, hakikatnya bercanggah dengan al-Qur’an dan as-Sunnah

2. Ciri-ciri :
a)      Mencemarkan kesucian al-Qur’an dan as-Sunnah
b)      Mendewa-dewakan pemimpin
c)      Menolak perkara qat’ie
d)     Mengubah bentuk ibadah
e)      Mengubah konsep dosa dan pahala
f)       Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
g)      Mendewa-dewakan sesuatu
h)      Menolak hadis/anti hadis

3. Kesan/Keburukan :

Aspek
Kesan/Keburukan
Individu
- Rosak akidah
- Masa terbuang
- Minda tertutup
- Kehidupan tidak stabil
Masyarakat
- Keruntuhan institusi kekeluargaan
- Perpaduan tergugat
- Berlaku keganasan

4. Langkah-langkah untuk mengatasi:
a)      Kefahaman Islam yang sebenar
b)      Penyebaran islam
c)      Penguatkuasaan undang-undang
d)     Program pemulihan akidah

5. Cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat.
a)      Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar
b)      Menjauhkan diri daripada golongan tersebut
c)      Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksankan segala perintahNya dan menjauhi larangannya

6. Contoh-contoh ajaran sesat di Malaysia

Aspek
Qadyani
Baha’ie
Taslim
Pengasas
Mirza Ghulam Ahmad
Hussin Ali al-Manzadarani
Hj Muhammad b Syafie@ Hj Muhammad Matahari
Asal
India
Iran
Bayan Lepas, P/Pinang
Penyebar di Malaysia
Maulana Muhammad Sadik b Barakatullah
Yan Kee Leong
-
Tahun di Malaysia
1949
1953
1870an

7. Ciri-ciri Kesesatan Qadyani:
a.       Pengasasnya :al-Mahdi, nabi, dan jelman Krisna (Tuhan Hindu)
b.      Allah menurunkan Kitab suci al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam
c.       Mirza Ghulam mempunyai sejuta mukjizat
d.      Menghapuskan jihad
e.       Mengubah ayat al-Qur’an
f.       Malaikat pancaindera Allah
g.      Qadyani tempat suci dan tempat untuk menunaikan ibadah haji
h.      Nabi Isa mati dan dikebumikan di Srinagar, India
i.        Menghukum kafir selain penganut Qadyani

8. Ciri-ciri Kesesatan Bahai
a.       Pengasasnya: jelmaan Allah
b.      Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai
c.       Alam ini bersifat baqa’/ kekal
d.      Nabi Isa mati disalib
e.       Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut
f.       Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
g.      Memansuhkan ajaran Islam
h.      Acre di Palestine : kiblat baru
i.        Mengubah ibadah : puasa 19 hari, solat : 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillah al-athar (5kali)
j.        Menghapuskan jihad

9. Ciri-ciri Kesesatan Taslim:
a.       Pengasas : pemimpin yang maksum
b.      Diri batin manusia : Allah, dan diri zahir manusia:nur Muhammad
c.       Alam bersifat qadim (sediakala)
d.      Mentafsir ayat al-Qur’an mengikut hawa nafsu
e.       Mengharuskan zina melalui nikah batin
f.       Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
g.      Soal secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan rukun fi’li (perbuatan)