Salam Ukhwah

Wednesday, 12 December 2012



DEFINISI KEPIMPINAN

 

 Kepimpinan  adalah salah  satu daripada empat fungsi pengurusan yang dijalankan oleh seorang pengurus. Ini adalah kerana pengurus sentiasa  berhadapan dengan pekerja. Pekerja patut diberitahu tentang apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk melakukan tugas tersebut dan sebagainya. Dengan kata lain, sebarang tindak tanduk yang dilakukan oleh pekerja perlu dilakukan oleh pekerja perlu dipimpin.

Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerjanya agar mereka melaksanakan tugas yang diberikan untuk mencapai objektif atau matlamat kerja yang telah ditetapkan.

Definisi ini bermaksud bahawa kejayaan seorang pemimpin akan bergantung pada sejauh mana pekerja berjaya melaksanakan apa yang diarahkan. Kegagalan pekerja bermakna kegagalan pemimpin. Oleh itu adalah penting bagi pengurus untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan mengetahui cara untuk memastikan setiap arahan yang diberikan kepada pekerja dipatuhi dan dilaksanakan.

KEPENTINGAN KEPIMPINAN

 1.      Kepimpinan melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut. Apabila pekerja tersebut sanggup menerima arahan daripada seorang pemimpin, status pemimpin tersebut telah dibentuk. Tanpa manusia untuk dipimpin, semua ciri-ciri kepimpinan adalah tidak perlu.
2.      Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli kumpulannya. Sekiranya seorang ketua kumpulan mempunyai sumber kuasa yang banyak, keupayaan beliau untuk memimpin dengan lebih berkesan akan bertambah.
3.       Seorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan berbagai-bagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya. Seorang pemimpin yang berkesan mampu mempengaruhi pengikutnya untuk membuat apa sahaja demi kepentingan syarikat.
4.       Hasil gabungan ketiga-tiga di atas dapat melahirkan nilai. Kepimpinan moral adalah berkenaan dengan nilai dan memerlukan pengikut-pengikut diberi alternatif untuk membuat pilihan yang bijak. Pengikut juga boleh mempelajari nilai-nilai etika daripada pemimpin yang dihormati dan disanjungi oleh mereka oleh mereka. Seorang ahli pengurusan Mcgregor , pernah menyatakan bahawa seorang pemimpin yang gagal mengambil kira komponen moral kepimpinan tidak akan kekal lama sebagai pemimpin.